Jika ada peminat Mamat Exist yang menonton nyanyiannya secara langsung di aplikasi Tiktok @ceomyloan.my semalam (Rabu), pasti ramai yang tertanya-tanya apa istimewanya syarikat MyLoan.my ini sehinggakan Mamat Exist sanggup datang untuk membuat persembahan. Pengasas MyLoan.my, Awis Qurni Zakariah berkata kedatangan Mamat ke pejabat urusan MyLoan.my di Pandan Indah adalah untuk meraikan kakitangan syarikat selain menunaikan impian dirinya sendiri untuk melihat Mamat menyanyi secara langsung di depan matanya.
“Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, pekerja-pekerja saya menghadapi lambakan kerja kerana kami menerima beribu pertanyaan pelanggan berhubung masalah kewangan. Jadi saya harap kedatangan Mamat ini dapat menggembirakan mereka.
“Sejak kecil saya tengok Mamat, beliau seorang yang berbakat besar, sebagai peminat kita melihat turun naik beliau.
“Saya juga tahu ada pekerja saya yang sangat meminati Mamat, saya juga salah seorang peminat Mamat, jadi saya harap dengan kehadiran Mamat ini dapat menggembirakan mereka dan saya juga dapat melihat Mamat menyanyi hanya dengan jarak satu meter”.
Itulah jawapannya.
Berapa MyLoan.my bayar Mamat untuk buat persembahan? Mesti mahalkan?
Ini jawapan Mamat.
“Alhamdulillah, saya mendapat bayaran setimpal untuk persembahan ini, tawaran menyanyi pun tidak banyak sekarang. Tapi, puas hatilah saya datang dari Johor untuk persembahan ini,” katanya.
Mamat turut berbesar hati dapat hadir ke pejabat urusan MyLoan.my, dan berharap kedatangan dan persembahannya itu dapat memberi sokongan kepada pasukan MyLoan.my untuk terus sukses dalam bidang kewangan.
Bagi mereka yang tertanya-tanya apa itu MyLoan.my, jom admin share sikit latar belakang syarikat ini.
ABSKL Advisory Sdn. Bhd. atau lebih dikenali sebagai MyLoan.my merupakan sebuah syarikat pemula yang membantu rakyat Malaysia mendapatkan laporan kredit penuh selain memberi konsultasi kewangan.
MyLoan.my turut menawarkan perkhidmatan dalam menyatukan kesemua laporan kredit dan keboleh hutangan individu untuk pinjaman peribadi, perumahan, kenderaan serta perniagaan.
Perkhidmatan yang ditawarkan oleh MyLoan.my amat memudahkan para pelanggan membuat keputusan kerana dijalankan secara dalam talian dan disertakan dengan laporan Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) dan laporan dari pelapor kredit utama.
FB: ceomyloan.my
Malaysia Menjerit 14 September 2023